Sunday, August 9, 2009

You missed...me?

Buzzed me all of a sudden... Why?
Rindu? Ke aku yang perasan sendiri? Aku rindukan kau? Setahu aku, kebelakangan ni aku tak terfikirkan kau langsung. Bermimpikan kau pun tidak. Kenapa juga kau mengganggu ketenteraman? Sekadar mahu tahu aku masih hidup dengan bernafas menghirup toksik yang kau racunkan di udara? Atau saja mahu mendarahkan luka yg dah lama berparut? *mendarahkan? haha bantai!* Tapi kau juga tidak berkata apa2 selepas itu. Aku bingung. Kalau benar kau ada sesuatu yang kau mahu aku tahu, just say it out loud. Jangan bermain hide and seek dengan aku. Aku tak mampu membaca fikiran kau. Kalau aku mampu, aku takkan macam orang dungu terkial mencari jawapan. Aku pun tidak mempunyai jawapan untuk segala persoalan yang memeningkan itu. For me, God knows the best. Sudahlah, aku tak mampu berkata2 lagi bila saja ia berkenaan kau. hiduplah dengan gembira di samping orang2 yang mampu membahagiakan kau jika itu boleh buat kau gembira. Aku? Aku sentiasa bersedia menerima kau kembali dalam hidup aku yg serbi kekurangan ni. Cuma pesanan aku, akan tiba suatu saat nanti di mana hati aku setawar air sirap tanpa gula menolak kau sekeras-kerasnya jauh dari hidup aku, dan kalau ia terjadi jangan pernah kau menyesali keadaan itu. Aku tidak berdoa supaya ia terjadi. Dan jangan bimbang, aku sudah lama maafkan segala perbuatan baik & buruk kau.

3 comments:

S H E R R A said...
This comment has been removed by the author.
Ara Yusoff said...

ayat dasyat!!! =p mcm tau je tu utk siapa! haha

S H E R R A said...

hehe! they are our dark secrets pekkk! hahaha! xD