Thursday, August 13, 2009

Dark tracks.

Cinta bukanlah alasan sebenar Helios berkahwin dengan Countessa. Aku tahu tentang itu. Malah tidak pernah pun aku merasakan perjanjian antara Helios dan aku selama ni hanya palsu semata-mata. Aku tahu dengan cara ini sahaja Helios mampu selamatkan dunia magis daripada cengkaman dunia gelap. Hanya satu yang membuatkan aku terkilan. Aku rela korbankan apa sahaja malah nyawa aku sendiri untuk bersama Helios. Tetapi bagi Helios, dia boleh berbuat apa sahaja untuk melindungi dunianya, termasuk mengorbankan janji kami berdua. Goodbye, my dear Helios.

Roda takdir berputar mengikut paksinya. Apa yang ditakdirkan, itulah yang berlaku. Lalu aku nekad untuk lari dari dunia magis ini. Sukar untuk aku pastikan sama ada betul atau tidak keputusan yang aku ambil ni. Tapi aku teruskan juga. Pelik bukan? Setelah segala kebenaran terbukti, hati ini jadi tenang. Memang sukar dipercaya Louis tergamak mengkhianati aku, plan Helios, komplot dan perasaan seseorang yang tidak pernah aku temui tapi rupa parasnya begitu aku kenali - Soileh. Jika ditakdirkan sudah sampai masanya aku pergi, aku harap ini semua bukan disebabkan Helios malah seluruh dunia termasuk dunia manusia. Buat pertama kali dan juga terakhir baru aku dapat rasakan betapa perlunya aku dalam hidup ni.