Aku tertipu. Jocker ye ye cakap kat aku dia beli jam CK. Siap tunjuk gambar yg dia snap kat henpon. Dah la aku ni lurus escalator! Ini baru penipuan pertama. terus percaya tapi tak la sepenuhnya sebab pelik kenapa dia tak pakai. Aku pun puji2 la dia kata dia dah kaya lah apa lah pastu tanya kenapa tak pakai jam tuh? Sekali dia cakap, kejap ek, kejap. Jap lagi dia datang balik kat aku dengan jam dah siap di pergelangan tangannya. Wowza! Berkerut2 muka aku menatap jam itu.
Aku tak berapa ingat la rupa dia tapi macam tu la kot? haha. Tetiba dia cakap "haha. bukan i punya lah. marco punya. dia beli RM1100 woh." yea tu lah penipuan kedua! Ciscake punya tongsan! Penat aku je puji dia dah kaya la apa lah sekali hujung2 cerita, bukan dia punya pun. Saja nak promote Marco kat aku ke hape hah? Sabar je la. Dalam geram tu rasa kelakar juga sebab aku lurus kalah bendul. ahahahahahhah. terima kasih kerana memperbodohkan aku.
Aku mempunyai banyak angan2 untuk memiliki jam tangan CK. It's okay, like someone said, berangan tak payah bayar pun. Aku suka sebab design dia pelik2. Antara yg paling buat mata aku bersinar-sinar bila tengok yg ni lah.
Bersinar-sinar nak tengok je. Takde lah sampai nak beli. Haha. Tapi agak2 kalau beli cool tak? Yg pertama tuh terlalu keperempuanan which i don't like to let it represent myself in that kinda way. Ye mereka adalah kaum jam yang pelik! Yg bulat, bengkok, panjang, lebar, lonjong, gemuk, kurus, tua, muda semua ada! Haha! Walaupun pepelik tapi mereka pelik yang menarik.
Yg ni paling best! Haihhhh! Macam purse dah! @_@
No comments:
Post a Comment