Thursday, February 25, 2010

Morning after dark

Kenapa mood nak menulis kejap ada kejap takde? Dah lama tak menulis. Huhu. Aku tak dapat melelapkan mata sepanjang malam. Dan bila pagi menjelang, hanya Tuhan yg tahu betapa mengantuknya mataku. Semalam aku menghantar satu text message kepadanya tetapi dia tidak membalas. Hampir sepanjang malam aku menunggu namun penantianku sia-sia. Tiba-tiba aku tersedar sebab aku tidak dapat tidur sepanjang malam adalah kerana aku terlalu merinduinya. Di segenap kotak fikiranku hanya ada dia sahaja. Baru kini aku mengetahui bagaimana rasanya terlalu merindukan seseorang hingga tidak boleh melakukan apa-apa kecuali bersengkang mata yg biasa dialami sesetengah orang. OMG, sumpah aku sangat rindukan dia. Apakah dia juga rindukan aku ek? Adakah dia tahu apa yg aku rasakan ketika ini? muahahahahahhah ayat!!! =.=

Btw, my whole family baru saja bertolak ke Cheras utk sesi pernikahan Zukie. Yg tak ikut Kak Mira, Hasya, my mom & me. Abah ajak ikut tapi rasa malas sangat nak pegi. Plan today nak keluar dengan Killer! Gosh, I missed her like crazy enough but I still tak crazy2 lagi! Hahaha. Beberapa hari kebelakangan ni aku rasa macam tak sedap hati la but tak tahu kenapa. Mungkin environment kot? Or kerana orang tertentu? Haihh entahlah! Erm okla, chiow dulu. Nak mandi siap2. tata.

No comments: