Saturday, July 18, 2009

Rindu?

Aku tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam. Aku tak tahu punca sebenarnya. Badan aku yang gemuk ni memang absofuckinglutelately penat yang teramat tapi mata aku yang tak kenal erti penat agaknya. Dah la hari Sabtu memang hari yang paling sibuk di dunia aku yang makin suram ni, boleh pulak mata buat hal. Haish. Apa yang aku tahu, aku sangat rindukan dia. Yes dia. Hanya dengan kehadiran dia yang boleh buat dunia aku kembali tersenyum riang. Tapi itu sesuatu yang sangat2 tak mungkin akan berlaku dan aku pasrah dengan ketentuan-Nya. Kadang2 aku rasa aku dah tak boleh nak masukkan input tentang apa2 cerita tentang dia ke dalam benakku. Sesungguhnya aku tak dapat menerima hakikat sehingga kini dan cerita2 tentangnya cuma menambahkan kepedihan di hati. Namun aku hanyalah manusia biasa yang ada rasa curios lalu aku gagahkan juga diri demi memenuhi kehendak hati.

time: approximately 2.00am

habis online.

time: 2.30am

siap2 nak tidur. baring golek2 atas katil.

time: 3.30am

masih terkial2 kasi mata tidur.

time: 4.30am

cacing perut berbunyi2 minta makanan sebab tak dinner tadi.

time: 5.30am

dah tak tahan dan terus ke dapur. hanya makan 2 keping roti bakar dan segelas susu suam.

time: 5.53am

naik ke bilik dan cuba melelapkan mata namun cubaan terakhir juga gagal.

time: 9.00am

tengok tv jap. bersiap untuk menghadapi hari sibuk.

time: 1.55pm

hampir 5 jam melawan rasa ngantuk di studio. akhirnya terlelap di kerusi bos.

time: 2.05pm

terjaga setelah habis saja kelas gitar.

time: 3.00pm

lunch time. nasi paprik & milo ais.

time: 3.30 - 6.00pm

tengok persembahan live band. bosan gila. tapi pakcik yang mengetuai live band tu sebijik macam Slash bekas gitaris Gun N Roses. LOL.

time: 6.15pm

abah suruh turun bawah join makan2. kenyang makan nasi pun belum hilang lagi dah kena paksa makan lagi. sabar je la. aku setuju je sebab abah nak belanja. hahaha. aku order Chick-A-Licious with black pepper sauce. kalau ambik mushroom sauce tak mencabar arr. black pepper pun memang kesukaan haku. hoho.

time: 6.40pm

gila kekenyangan...burppp.. tak habis pun. siyes lama gila nak habiskan sampai tinggal aku sorang je pemakan kat situ. aku suruh bungkus je baki chicken wing tak berusik. on the way naik atas, dengan rela hatinya aku dermakan chicken wing tersebut kepada seorang kakak. tapi pepsi aku bawa. LOL.

time: 7.02pm

sampai rumah! woohoo heavenly heaven!


Siapa cakap aku tak letih? Letih mental pun dah mencabar gila letih fizikal apatah lagi. Cuma aku tak tahu sampai kapan kerinduan dan emosi ini akan berakhir. Dalam tempoh waktu aku tak tidur tu ada sesuatu yang aku lakukan. Aku menyelami dan mendalami emosi2 aku melalui setiap emosi yang disampaikannya. Dia berhasil membuat aku tersenyum, menangis, gembira, sedih, tersenyum dalam tangisan, tersedu dan tersedan, bertenaga hingga diri menjadi terlalu taksub dan membuat aku rasa dia sentiasa berada di samping aku bagi menandakan aku tidak keseorangan. Tapi aku akui kalau aku taksub, ia salah aku kerana tidak dapat mengawal perasaan. Namun itulah emosi2 yang aku alami ketika bergabung bersama emosinya. Kata pepatah, kita hanya benar2 terkesan dengan kehilangan seseorang apabila orang tersebut dah takde di samping kita. Yea, memang sangat benar pepatah mengungkapkannya. Bila dia sentiasa berada bersama kita sama ada di luar batas kesedaran kita atau tak, their presence seems just usually normal. Tapi bila dia dah tinggalkan kita buat selama2nya, masa tu la baru kita sedar betapa pentingnya dia buat kita. Ini selalu terjadi dalam kehidupan kerana ia lumrah alam. Nak menangis air mata darah sekalipun, kalau dia takkan kembali ke sisi kita, ianya sia2 sahaja. Lepas tu kita mula berjanji terhadap diri sendiri yang kita takkan ulang kesilapan this and that yang mengakibatkan kita kehilangan dia. Atau janji kedua yang sering diungkapkan iaitu berjanji takkan mengulangi kesilapan dengan start menghargai orang2 yang berada di sekeliling kita tak kisahlah dia begitu penting, setengah penting atau tak penting langsung. Aku dah kehilangan 2 orang yang sangat aku sayangi di dunia ni dan aku memilih janji yang kedua. Aku tak tahu. Aku bingung. Why do i listen to songs that make me cry? Even better question, why do i listen to songs that make me miss you?

Cikgu perempuan yang beli piano Victor berharga 3700 bugs hari tu dah setuju nak trade in piano Apollo yang abah baru masuk stok dengan harga 6000 bugs. Kayo beb!!! Tapi tambah 1300 bugs je lagi. But it's still MONEY! KA-CHING! @_@
Apa2 pun aku berhasil cilok 50 bugs tanpa pengetahuan Kak Mira! Haha! Thanks abah! ;)
Anyway, gambar2 ada tapi tak dapat nak masuk sebab handphone murahan aku problem. Dasar murahan! Arghh!!! Bila la nak dapat handphone baru. ;(

No comments: