Nasib malang sungguh, dah lah keluar lewat. Plan nak keluar pagi. Sekali Kak Mira cakap ada kelas keyboard jam 1.00pm. Sumpah siot gila. Lepas tu set time jam 2.00pm. Tapi tergendala jugak sebab HUJAN LEBAT seperti bebola air yang besar turun dari langit!
Okay, takde kena mengena. Lebih kurang jam 5.00pm kami sampai di tempat yang dijanjikan. Searching for waktu tayangan yang berdekatan. Namun nasib kami malang apabila tiket 5.20pm & 6.30pm sold out. Tapi takpelah boleh ambil waktu yang seterusnya (bersabar konon namun dalam hati rasa bagai nak gila). Aku tak kisah tapi Killer harus balik awal la kononnya, takut mak dia marah (CEYT). Akhirnya kami ambil keputusan untuk memilih waktu 7.45pm. Just in case you want to watch the movie pleaseee take not that tempoh tayangan adalah selama 2 JAM 45 MINIT. Yeaaaaaa! Sekejap je kan? It was not that bad just kali ni cerita dia meleret2 and lack of actions. Banyak love story la pulak. Tapi banyak juga yang kelakar. Tak faham sikit pun ada sebab aku dah lupa Order of the Phoenix, LOL. Ni ke yang media orang putih dok kritik baguih2? Ceq pun tak paham no. For me, so and so je la. Tepat 10.30pm kami keluar dari situ setelah melenguhkan bontot sekian lama dan menuju mencari kenderaan untuk pulang. Tapi aku rasa aku telah dijanjikan seseorang to fetch us namun aku tak tahu siapa! Hahahaaha. Sumpah biul. Sehinggalah jam 11.15pm tiada siapa yang datang menjemput kami. Beratus2 panggilan telah aku buat cuba mencapai ke semua orang (ni tipu la) dan akhirnya kami berjaya mendapatkan sebuah teksi. Haaahahaha..tadi tak reti pula nak cari kan. Dah nak mampus baru terkedek2 cari bantuan segera. Tapi memang at first kami taknak guna cab atas alasan duit. Ceyhhhh! Pergi mati sama duit. Hahahahaha. Alhamdulillah kami berhasil sampai di rumah masing2 sebelum jam 12.00am.
Aku ada beli sesuatu tentang dia di kedai buku. Untuk dua benda tersebut aku sanggup berhabis 50 bugs dan kalau nak dihitung2 sampai detik ini aku dah habis lebih kurang 70 bugs kerana dia. Tapi aku tak kisah. Walaupun duitku dikikis sedikit demi sedikit aku akan terus berusaha mencari jalan lain bagi mengisi kembali poket duitku yang semakin nipis. Aku penat. Aku memang penat membiarkan hidup aku seperti ini yang sentiasa dalam kepayahan mengulit moment terindah bersama dia. Namun aku redha kalau ini jalan takdirku. Aku penat juga lepas pulang ke rumah tapi aku takkan lepaskan setiap kesempatan yang ada untuk bersama dia. Aku biarkan mata dan seluruh jiwa ragaku berada bersama dia tak kira apa jua yang aku lakukan. Bahkan aku tak sengaja membiarkan imaginasi aku di luar batasan hingga sanggup membayangkan yang bersama aku ketika menonton HP ialah dia, bukan Killer. Bukannya aku sengaja mencipta khayalan itu tapi itu di luar kesedaran aku. And i could not focus on a few parts of the story because of that. If you are asking what is happening to me, aku sendiri buntu mencari jawapan untuk soalan itu. Senang cakap, tak tahu lah. Aku gila? Tidakkk. Kalau tak aku takkan buat blog ni. Sehingga pagi menjelang pun aku sukar memejamkan mata tapi akhirnya aku tertidur di dalam dakapannya yang megah berdiri di depan manusia. Bila aku terbangun dia masih berada di situ. Baik, aku rasa lebih bersedia menghadapi hari yang mendatang asalkan dia ada di samping aku no matter dalam bentuk apa sekali pun. Cukuplah, i'll continue later.
No comments:
Post a Comment