Apa nak cerita ek? Kehidupan makin lama makin tiada cerita baru. Balik-balik benda sama. Kalau kau pasti dah lama bosan kan?
Tadi ceritanya, ceritanyalah kan (dah takde cerita) aku buat-buat rajin gi jalankan tugas. Sebenarnya nak minta duit kat Kak Mira untuk keluar esok je, just in case keluar. Konon takde duit ah, tapi dalam-dalam takde duit tu sempat beli shades Giorgio Armani. Haha, murah je kot. Da lama tak beli shades. Pastu lepak-lepak jap, dah bosan me, abang dan our mum keluar cari makanan untuk berbuka (even though aku sorang je tak puasa dalam rumah sekarang) LOL. Alah, tak puasa pun macam puasa je, bukan ada apa pun kat rumah nak makan. Mesti kena tunggu buka sama-sama jugak paling best kan kan kan? Hahaha. Masa lalu kat bazar pertama, ingat nak stop jap sebab abang konon nak tukar tee yg dia beli sebab tak cukup saiz. Sekali mum tak berhenti sebab takde parking. Ha padan muka kau. Masa berhenti isi minyak, aku nampak cikgu bekas sekolah menengah dulu, cikgu laki. Nama dia Nazri. Dia pakai baju Melayu warna hitam. Aku cakap kat abang suruh check out dia, dia la yg confirmkan nama cikgu tu, kalau tak takdenya aku nak ingat. Haha. Tak tegur pun cikgu tu, ye la, kang kalau tegur bukan dia kenal pun kita orang sebab dia tak pernah ajar kita orang pun. Gahaha. Baik buat donno jek. Kang kita orang terpinga-pinga pandang dia, dia terpinga-pinga pandang kita orang, daripada pening ah baik tak yah tegur an. Lalala~ bye cikgu. Then setelah parking kereta berhampiran bazar kedua ter-famous, kami pun mula round-round. Aku pun tak tau nak makan apa, tak tau selera sendiri sebab dah muak dengan makanan dunia. Semua benda dah makan kot sampai tak tahu mahu makan apa lagi. *tetiba kua bahasa baku* Abang kacau aku like gila-gila sampai naik nyampah pulak jalan dengan dia. Mum pulak tanya aku banyak kali nak makan apa and all I could answer is "tak tau tak tau tak tau". Kemudian kami pusing-pusng gi cari air soya. Air soya ialah minuman wajib bagi aku setiap kali bulan Ramadan. Rasanya memang enak sekali, lemak berkrim disukai aku sorang je. Cubalah ye? Eh, tah2 korang dah pernah minum pun, saja la nak promote kot2 tak pernah cuba. Hahaha. Masa cari tu adalah jumpa air soya tapi harga cam cekik darah gila2, sebungkus RM3! Gila kott. Tetengah cari air soya paling berbaloi harganya mata aku terpaku pada sesusuk tubuh yg sangat dikenali! Nubhan!!! Dia lalu bebetul sebelah aku ngan mum! OMG, jakun jap! Terpaku ngan badan2 sekali! Nasib baik tak rubbing shoulders, kalau tak baru tu je pengsan dah kot aku kat tetengah tu! Haha! Jakun bukan apa, dia gila comel + segak + tinggi and very gentleman bawa plastic2 berisi makanan semua, instead mak dia or saudara dia aku tak sure la, pastu ada budak2 kecil ngan dia. Muka dia cool je, sentiasa tersenyum. Sungguh menenangkan~ Aku tak tau orang perasan dia ke tak sebab macam takde pun yg tegur dia? Barangkali mereka segan nak mampos seperti aku! Hahaha! Terperasan pulak! Entah2 dah ramai tegur, aku je cam cacing kurap tengok dia camtu je! Wakakaka! Memang kerugian~ masa dia lalu tu aku cakap kat mum,
"Mum mum, tu nubhan kan kan?"
"Mana? tak nampak pun?"
"Tu lah, tu tu *sambil menuding ke arah nubhan*"
"Ye ke dia tu..ntah2 orang lain?"
"Iyyyeeeeee, adik nampak dia lalu sebelah adik tadi! Jom2 gi beli air soya tadi tu!" *yg RM3 tadi tu. hahhaha, sanggup mak!*
Kitorang pun patah balik konon nak gi beli air soya tuh. Sebelah gerai yg jual air soya tu gerai jual kuih muih tradisional Melayu. Kat situ la Nubhan menemani saudaranya itu membeli-belah. Kelakar gila, dah sampai situ pun aku soksek2 kat my mum pasal dia! Hahaha! Pastu buat2 nak beli air soya. My mum dah kasi chance dah suruh tegur dia! Dah diri bebetul sebelah dia, belakang saudara dia tu! Aku pulak macam, kan dah cakap dah, bongok kalah cacing kurap yg kalau ada otak, otaknya sangat dungu! Hahahaha! Macam2 rasa ada, takut + segan + malu + rendah diri + rasa kecik je diri depan dia yg tinggi tu. Tetiba aku tarik my mum jauh2 dari situ! Hahaha bengap! Pastu abang datang, aku cakap kat dia suruh check out whether dia betul Nubhan, dia gi diri sebelah Nubhan pastu dah pandang dia, pandang makanan semua dia datang balik kat kitorang baru la dia confirmkan memang Nubhan. Last2 bukan tegur pun, aku hanya memandang dia berlalu dgn mimik muka yg masih sama di wajah masing2~ aku blur macam apatah, dia tersenyum penuh cool~ kesimpulannya, syahira hashim hari ni memang ngeng macam p**s**t! Ha amik! Selalu puji2 diri sendiri je kali ni rasakan cacian pula! Eyy, sumpahlah dia cumel! Dah la putih, pakai baju biru ngan jeans! Fuh~ terkesima nyah jap. Masa otw balik dalam kereta sumpah aku rasa menyesal gila. Yg menambahkan penyesalan, aku gi tarik pulak my mum pergi dari situ! Hahaha! Kalau dah sampai camtu sapa tak cakap ngeng an? Aku memang selalu macam tu. Jumpa orang yg tak pernah jumpa apatah lagi yg terkenal, selalu keluar tv, mag, internet, semuanya buat donno. Hilang terus segala perangai tak tau malu yg orang nampak. Padahal belum tentu dapat jumpa lagi kan? Nampak pun bukan buat apa pun, bukan nak ambil gambar gila2, tarik peluk cium dia, ask for his/her number ke apa, tegur je. Tu pun aku takde semangat. Sabar je la labu. Haih. Sapa2 tolong kasi semangat boleh? Anyone? So that was the story for today. Catch ya later.
No comments:
Post a Comment